ABOUT TUTOBIES TWITTER Instagram FACEBOOK +Follow DASHboard

15 August 2013

Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu, Sarawak.

Assalamualaikum, wahhhhhhhh lamanya tak update blog. Dah tiga bulan kot rasanya. Last post pasal PLKN tu. Woah, cerita abad lepas. Haha haram jadah. 

Now, Alhamdulillah, aku menyambung pengajian peringkat diploma di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Yes people, i'm in Sarawak right now. Muahahahaha. Aku ambil kos Diploma Perhutanan. Yes, Perhutanan! Well, life is full of surprise. Nampak tak betapa terpesongnya aku. Asalnya bercita-cita nak jadi doktor haiwan, now tiba-tiba ambil kos hutan. lols Nak buat acano, takde rezeki nak ambil kos Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan, dah rezeki aku ke hutan pulak. At first tu memang sedih gila nak mati wey tak dapat kos yang diingini, tapi sekarang tak lagi because im starting to love this unique course. Wuuuuuuuu. Haha I love you Diploma of Forestry.

Ini bilik aku a.k.a rumah kedua aku selama 3 tahun. Aku akan graduate 3 tahun lagi. -,- Bilik aku kemas tak? Muahaha itu semua helah semata, takdenya bilik aku sentiasa kemas cenggitu. Well, tahulah aku. The laziest person in the world. Aku cuma akan gotong-royong dengan rumet aku bersihkan bilik setiap hari Sabtu je. Dekat UPMKB ni, setiap bilik dua orang je. Tapi ada yang kurang bernasib baik dapat satu bilik 4 orang. Haha kesian. Rumet aku orang Johor. Nama dia Atifa :D Dekat UPMKB ni pulak cuma ada satu Kolej Kediaman je, iaitu Kolej Sri Rajang. Kolej Sri Rajang ini pula ada 10 blok sahaja, 5 blok lelaki(A,B,C,D,E) and 5 blok perempuan(F,G,H,I,J). Aku blok F ataupun dikenali sebagai Phasmida. Setiap blok ada nama masing-masing. Aku tak ingat nama blok orang lain. Blok lelaki aku ingat blok A je, iaitu Hemiptera sebab blok F dengan blok A ala-ala couple blok gituh.

Phasmida-rians. Tapi ni cuma ada sem 1 and 3 je. Sem 5 takde. Cun-cun tak blockmates aku? Haha Kitorang boleh dikira agak rapat la jugak. Setiap bulan ada meeting blok, main futsal, main netball, gotong-royong, bacaan yaasin etc. Macam-macam event ada untuk mengeratkan silaturrahim. I love Phasmida :*

This is my coursemates. Ramai kan? Kitorang ada 59 orang pada asalnya tapi seorang tangguh sem. So, now tinggal 58 orang. Ramai gila okay. Setiap kali ada kelas memang meriah. Macam macam karakter ada. Ada yang gila macam aku, ada yang kelakar, ada yang mereng, ada yang sewel, ada yang senget, ada yang pelik, ada yang kuat membebel, ada yang baik, dan pastinya ada yang psiko. But most of 'em best dibuat kawan. Kitorang satu kepala. Kitorang kena sentiasa bekerjasama sebab nak diaplikasikan dalam kem hutan nanti. Kitorang akan menjalani Kem Perhutanan selama dua minggu di hutan Nirwana tak lama lagi, Two weeks! Two weeks dalam hutan. Boleh gila aku memikirkannya. Macam-macam cerita aku dengar dari senior. Ada yang cakap best, ada yang cakap trauma tak nak kem hutan lagi etc. Tapi nak buat macam mana, pekakkan je la telinga ni. Selagi kitorang tak menjalani kem hutan, selagi tu kitorang tak boleh graduate. Selepas kem hutan, kitorang akan digelar sebagai Rimbawan. Kami bakal Rimbawan ke 29 :)

Me with senior sem 3 and sem 5. Diorang baik actually tapi poyoooooooo. Haha joke. Kitorang sem 1 memang dinasihatkan untuk mengenali setiap senior sebab kalau ada apa-apa masalah boleh mintak tolong dari diorang je. Setakat ni Alhamdulillah, aku takde pape masalah dengan senior. Aku okay je dengan diorang sebab diorang pun gila-gila gak. lols Senior sem 3 aku tak ingat ada berapa orang tapi lebih kurang sama banyak gak dengan batch kitorang dalam 50 something gituh. Senior sem5 pulak seciput je. Ada 28 orang je tak silap aku. 

Majlis berbuka puasa bersama Rimbawan dan staf Jabatan Sains Perhutanan. :) 

Sampai sini je la. Kbai, Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya. Tata :D



UPDATE 151012 : If you have any questions regarding Diploma in Forestry or UPMKB, kindly contact me via Twitter (@NaniNazmi), or e-mail (naninazmi@yahoo,com), or LINE (naninazmi). I will reply faster there. Thank you ;)

17 comments:

Anonymous said...

Salam ... Sis Masuk UPM BINTULU , spm dapat berapa A ? Saya 4A dan saya apply

Nani Nazmi said...

@Anonymous Waalaikumsalam. SPM dulu dapat 5A je. Alhamdulillah rezeki. Apply kos apa dik?

mrsshahrul said...

AKAK NAK BERTANYAKAN PSAL KAMPUS NI..BLEH EMEL AKAK TAK KAT asnidaothman@gmail.com... sbb anak buah akak akan lapor diri bulan 6 ni.. tq

lalilulelo said...

assalamualaikum akak..sy dpt twrn course dip. phtnan aritu..bunyi mcm best & advance kan sma spt yg akak nyatakn diatas :) akak skrg ni dh sem ke brpa?

Anonymous said...

How life dekat kampus bintulu ? Best tak ?

Nur Fadzlyn Ramli said...

kem hutan pling best...
best memory ever...

btw sy rimbawan 22.. :)

Unknown said...

add wechat sya blh ? ? ada bnda nk tnya psal kampus ni sbb sya daftar bln 6 ni nnti. . ;D

Nani Nazmi said...

@lalilulelo baru nak naik sem 3 :)

Nani Nazmi said...

@Anonymous yup best Alhamdulillah :)

Nani Nazmi said...

@Lieynne Ramly OMG HI SENIORRRRRR SAYA R29 ^^

Nani Nazmi said...

@Bablenk Mcp wechat adik apa? :)

nurfatiha said...

Sis, sya nak id wechat sis boleh? Sya dpat kos ni and sya minat. Sya nak tanya soalan ke sis.

shim said...

salam nak tnye...kos perhutanan ni susah ke ??? please bls....

ZaimZuraidi said...

minta id wechat boleh?saya nak tanya beberapa soalan.

Anonymous said...

SAYA BAKAL RIMBAWAN R31.. MUAHAHAHAA

Afifah Lee said...

hi. assalamualaikum. saya dapat tawaran bachelor bioindustri kat UPMKB ni. Boleh add saya kat wechat tak? nak tanya few questions hehe. saya daftar 29/8 ni. ni id wechat saya : sniklefritz_ . thank u :D

Unknown said...

Assalamualaikm akk... sya nurul afiqah ..sya nk tahu serba sedikit tentg upm blh sya wasapa akk tak?