ABOUT TUTOBIES TWITTER Instagram FACEBOOK +Follow DASHboard

11 November 2013

Emotionally unstable.

Selama 2 minggu aku tahan.
Aku tak tahu apa yang mereka nak dari aku.
Mereka suruh aku berubah.
Aku cuba. Aku mencuba.
Tapi adakah mereka nampak aku sedang mencuba?
Tidak.

Orang sekeliling berubah.
Perasaan aku atau memang kenyataan?
Aku rasa diabaikan.
Aku rasa dipulaukan.
Pandangan mereka terhadap aku sudah lain.
Mata mereka seolah-olah menyatakan aku tidak berguna.
Aku tidak layak untuk gembirakah?
Mungkin ya.

Emosi mula tidak stabil.
Mengalami tekanan perasaan.
Namun tiada siapa kisah.
Tiada tempat untuk diluahkan.
Mungkin aku patut menanggung semua ini sendirian.
Simpan semunya sehingga menggunung,
Orang yang dulu dikatakan paling rapat kini semakin renggang.
Salah siapa?
Mungkin salah aku.

Inikah yang kalian mahu?
Aku tidak seperti dulu.
Aku yang dulu sentiasa gembira.
Kini tidak lagi.
Setiap senyuman hanya pura-pura.
Setiap tawaan hanya dipaksa.
Kini aku banyak termenung.
Apa yang aku fikirkan?
Tiada siapa tahu.
Sebenarnya tiada siapa yang mahu tahu.
Hakikat.


No comments: