Wirawati Bravo :)
Assalamualaikum. Alhamdulillah aku berjaya menempuh sebulan latihan PLKN di Kem Geo Kosmo. Sekarang semua wira dan wirawati dapat cuti semester dari 29 April sehingga 4 May. Lepastu, dah kena melapor balik :)
Source : Penny FB. Satu-satunya gambar aku berpakaian Full Loreng.
Kitorang kat sana dah macam satu family. Honestly aku cakap, masa first and second week kat sana memang merana sebab homesick terlampau. Semua yang aku buat membuatkan aku teringat my sweet home. Memang rasa macam nak larikan diri dari kem je. Tapi masuk minggu ketiga dah mula seronok sebab dah ada geng sekepala, dormmate yang gila, cikgu yang best-best. Semua benda rasa dah serasi. :)
With Penny, Ana and Linda. Tabik hormat ! :)
Ada banyakkkkk sangat benda yang aku nak kongsi tapi terlalu banyak sampai tak tahu nak tulis apa dulu. Haha. So, aku akan tulis apa yang terlintas kat kepala otak aku dulu la ye.
First, cikgu-cikgu kat sana memang best. Lagi-lagi cikgu Sobri. Time baris pagi kadang-kadang dia buat lawak. And dia ada trademark dia sendiri. "Faham tak faham?" "Suka saya mengingatkan kamu semua..." "Sejarah telah membuktikan..." "Apa keutamaan kita? KESELAMATAN!" "Bocor kepala" And banyakkkkk lagi. The way he says all those sentences are sooooo funny. Kitorang wira wirawati selalu ajuk cakap dia. Hahaha. Cikgu lain pun ada trademark tersendiri tapi yang paling popular "Faham tak faham?!" dengan "Clear tak clear?!" Hahahaha
Wira dan wirawati Bravo :)
Kitorang wira wirawati dibahagikan kepada empat kompeni iaitu kompeni Alpha, Bravo, Charlie and Delta. Aku kompeni Bravo. Satu kompeni dibahagi dua dorm. Kompeni Bravooo terbaekkkk weyyy. Boleh gilaaa aku kalau kitorang semua berkumpul. Macam apa je. Semua gila-gila. Hujung minggu biasanya lepas Zuhur, kitorang ada masa lapang. Aku dorm P4 mesti menyemak kat dorm P3. Kacau Ya Jing. Haha. Best la ada ramai kawan Cina macam Penny, Mei Sin, Sing Yee, Ya Jing, Amanda, Xiao Yan, Hui Wei, Xin Xin and many more. It's great to know a lot of things about chinese :) And kawan indian pun best jugak. Especially, Thivya. Aduyaiii dia ni, sukaaa panggil aku Mama. Haha. I don't know why, and now everybody call me Mama. -,-
Belakang : Tira and Yana. Tengah : Nani, Lily, Linda, Ana. Depan : Sufi.
Aku paling suka setiap hari Isnin akan ada stretching pagi-pagi. Wuuuu aku sukaaaaa stretching. Makin flexible aku jadinya. Haha. Seronok gila. Then, setiap hari Khamis pulak ada senam seni. Menari lah kitorang pepagi buta kat padang kawad. Aku paling suka buat PT 10/Lompat bintang. Best gilaa sebab pakai spike boot, so kaki tak sakit.
With Ana and Hana. Aku sukaa gambar ni. :)
First week, kitorang ada kelas MPK, Module 1 - menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Modul 1 tak berapa best sebab kitorang still awkward lagi. Tak kenal-kenal. So, semuanya poyo budak baik. Senyapp, nerd-nerd je. Masuk modul 2 - menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain, best gila-gila. Sebab semua aktiviti dia best-best and kitorang semua dah tak segan silu, malu-malu lagi. Haha Semua dah mula gila-gila. Lepas tu, belajar pulak modul budaya kerja. Alahaiii, modul ni agak bosan, tapi aktivitinya agak mencabar. Kitorang kena tubuhkan organisasi lah, buat pameran lah. Macam-macam. Then, kelas MPK dibubarkan, masuk pulak modul seterusnya iaitu PKRS. Aku tak ingat apa maksudnya tapi rasanya macam Program Kesihatan Reproduktif & Sosial. Rasanya lah. Dalam kelas ni kitorang belajar pasal ehem ehem. Paham-paham je lah. Haha.
With ketua wirawati, Aminah di tengah.
Aku paling rindu kelas MPK. Haihhhh banyak sangat kenangan kat MPK3. :(
Ana, Linda, Nani, and Lily.
Aku paling menyampah pakai pakaian kelas. Pakaian kelas macam dalam gambar kat atas lah. Kena pakai kasut tumit. Adoyaiii, menderita aku pakai kasut kelas tu. -,- Kasutnya keras.
Ada terlalu banyak untuk dikongsi. To be continued....
4 comments:
Nani dah besar.....huhuhuhu
comel sangat
boleh bawak camera ke ?
Post a Comment