ABOUT TUTOBIES TWITTER Instagram FACEBOOK +Follow DASHboard

12 June 2011

Hantu Karak Balik Kelantan

5 tahun lepas, Saifullah, Azizi, Hadi dan Malik dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan. Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Mereka bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang. Sebaik sahaja melalui tol Gombak, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara Saifullah dan Hadi asyik bersembang.


Azizi : Weyy, kitorang tido dululah, nanti kalau ko (Saifullah) ngantuk, kejut kitorang tau.

Saifullah : Okay !

Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, Saifullah terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
"GEDEBUKKK"
Saifullah : Hadi, ko dengar tak bunyi tu?

Hadi turut mendengar bunyi yang sama.

Hadi : Ye, aku dengar.

Bila Saifullah melihat cermin pandang belakang, dia tidak nampak apa-apa.

Saifullah : Aku tak nampak pape pun. Pelik~

Memandangkan keadaan ketika itu senyap dan gelap, Saifullah teruskan juga pemanduan. Ketika melalui laluan berliku dan berbukit, Saifullah mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya. Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali. Hadi menyuruh Saifullah memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.

Saifullah : Kenape lori tu bagi signal lampu weyy?

Hadi : Entah, biarlah. Jalan je.

Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas mereka turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata Saifullah kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu.

Saifullah : Sume kete bagi signal dowh. Dorang nak bitau something kot aku rase.

Hadi : Agaknyelah~ Ce ko benti jap. Tengok-tengok lau de yang tak kene.

Saifullah : Okay, jap~

Kemudian, dia mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur. Saifullah berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena. Sebaik sahaja Hadi dan Saifullah buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta Saifullah meneruskan perjalanan.

Malik : Allahuakbar! Pul, kau jangan keluar ! Kita blah... kita blah!, jerit Malik dengan muka panik.

Tanpa berfikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.

Azizi : Sabar lik, sabar. bawak mengucap.

Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.

Hadi : Ape yang ko nampak tadi? Gelabah kemain?

Malik : Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita. Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya.

Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan.

Saifullah : Aku tak nampak papepon? Ko biar betol, lik?

Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.

Hadi : Pul, betullah. Aku nampak ada 'benda' dekat belakang.

Mereka semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit. Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu.

Petikan Kosmo sisipan Jurnal muka surat 16 Ahad 12 Jun 2011
Dikarang semula oleh Nani Nazmi :) Dialog rekaan semata-mata :P

Mase aku bace citer ni. perghhh! seram aku. imaginasi aku pun dah seram, ini pulak kalau jumpe depan mate. Cube korang bayangkan, puntianak kat belakang kereta bapak korang (kalau macam aku kete avanza memang puntianak tu tak boleh baring la kan) baring terlentang, pastu muke pandang kite sambil mate terbeliak. aisehmen. tambah efek lak aku ni. ngahngahngah. tak ke korang menjerit bagai nak pecah esofogus korang tuhh. ececeh, maklumlah aku pelajar sains tulen. esofogus sume kuar. haha


Tapi kan, setakat ni memang aku tak pernah terserempak, terselisih, terlanggar, tersalam, ternampak, terpegang, tertidor sesame etc ngan hantu lahh. Alhamdulillah.

Okaylah, tu je aku nak kongsi ngan kome sume. Bubye~ Selamat membayangkan muke PUNTIANAK tu sesame~ haha. Assalamualaikum.

No comments: