ABOUT TUTOBIES TWITTER Instagram FACEBOOK +Follow DASHboard

28 October 2011

Terowong Misteri

Terdapat sebuah terowong di luar negara yang terkenal dek kisah-kisah seramnya. Terowong ini dikatakan mempunyai banyak kisah misteri yang tidak dapat dirungkai sehinggakan orang ramai sudah takut untuk melaluinya. Pihak media melaporkan bahawa perkara aneh sering berlaku sekiranya terdapat kenderaan yang melaluinya. Sebagai contoh, sebuah lori minyak secara tiba-tiba hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan yang teruk.


Pada suatu hari, seorang pemandu lelaki terpaksa melalui terowong itu. Waktu menunjukkan sudah pukul 1 pagi. Dilihatnya, hanya dia seorang sahaja yang sedang melalui terowong itu. Semuanya berjalan lancar sehinggalah dia tiba di pertengahan terowong tersebut apabila kereta yang dipandunya terhenti secara tiba-tiba. Dia berusaha menghidupkan kembali enjin keretanya, namun usahanya gagal sama sekali. Selang beberapa saat kemudian, semua lampu yang menerangi seluruh terowong itu terpadam secara tiba-tiba. Dia mulai cemas dan takut.


TAP! TAP! TAP! Kedengaran seperti bunyi tapak tangan memukul-mukul cermin keretanya dari LUAR tanpa henti. Lantas, dia mengunci keretanya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Bunyi itu berterusan tanpa henti untuk beberapa minit dan semakin lama semakin kuat dan laju bunyi itu. Nasib menyebelahinya, apabila semuanya kembali normal selepas dia berjaya menghidupkan enjin keretanya kembali. Terowong tersebut kembali terang serta bunyi tersebut berhenti dengan sendirinya. Dia berjaya meneruskan perjalanan dan tiba ke destinasi dengan selamat.


Pada keesokan harinya, alangkah terkejutnya dia apabila kesan tapak tangan memenuhi kesemua tingkap keretanya. Lalu, dengan segera dia menghantar keretanya untuk dicuci di kedai cuci kereta. Dia hampir pengsan apabila pekerja kedai itu memberitahu bahawa kesan tapak tangan itu datangnya dari DALAM kereta !



--------------------------------------------------------------------

HAHAHAHA. K Pelik, kenapa aku letak gambar pontianak? xD Ini kisah benar. Sebenarnya, aku terjumpa draft post ni. Aku publish lah. Rasanya, aku yang karang sendiri cerita ni. Ahh, lupalah. Lantaklah kan -_______-

Bonus:

http://aku.im/

No comments: